Saturday, March 28, 2009

RISALAH HAPRAK BERNIAT JAHAT


Time dekat-dekat nak ngundi ni macam-macam benda yang tak terpikir dek akal pikiran kita keluar.Sapelah yang tergamak buat keje haram jadah ni ekk.

Friday, March 13, 2009

FREE BEA..


Hehe..dalam duk 'surf' berita, ada satu berita yang best didengar...kalau nak buat MASTER dan PHD free. Aku tertanya juga free lagu mana tu. Tapi yang tak sedap bagi aku pulak.... kena tunggu 4 tahun lagi sebab belum cukup tempoh. Entah ada ke tidak lagi skim tu 'time' aku nak apply. Syarat layak umur 35 ( master ) dan PHD ( 43 ) bagi aku tidak sesuai. Budak-budak baru graduate umur baru berapa? paling komen pun 25 tahun. Abis diorang nak buat apa time 2. Nak' menari ular-ular; ( salah satu babab citer P. Ramlee). Time aku keluar universiti dulupun umur aku dalam 24 tahun. Try apply master. Terpikirkan grade yang aku dapat lebih dari ' 3 pointer' aku ingat dapatla. Tapi haram...Geng-geng serumah yang sama-sama belajar dulu dapatla pulak. Mereka semuanya cikgu yang sambung belajar.Yang aku ni pulak 'fresh' lepasan STPM. Masa diorang daftar buat MASTER aku pun pergila tanya dekat Pejabat Pendaftaran. Aku dibawa bertemu dengan seorang pegawai. Nak dipendekkan cerita katanya aku tak ada pengalaman. Kena kerja dulu 3/4 tahun. benggang jugak aku dengan jawapan tu. Tapi aku terima juga alasan yang diberikan kerana tidak mahu meninggalkan nama yang tak baik di tempat yang telah banyak menyimpan kenangan bagi aku. tapi mujurla jugak aku dapat offer KPLI tidak lama lepas kejadian tu. dapat jugak mengubat kecewa. Dah mengajar dekat 7 tahun ni keingginan nak sambung belajar tu adalah jugak. Bila dengar skim 60 billion yang diroyak buii oleh JEEP yang ada pakej percuma untuk buat master dan PHD berkobar semangat tapi keingginan sekali lagi terpaksa dipendamkan dek kerana satu syarat....kelayakan umur. Syarat-syarata lain aku rasa dah layak pun. Pensyarah aku pernah bagitau...aku adalah antara orang yang dinafikan hak untuk belajar( kembang sekejab time 2 ) hehe...Tapi takpela mungkin ada rezeki yang lebih baik lagi satu hari nanti. Kesian aku dekat graduate yang fresh-fresh ni. Kalu dapat terus kerja okla..kalu tidak....fikir-fikir deh

Monday, March 9, 2009

apa apa aje bea...